Categories
blog featured

Why Invest In Vending Machine with Kenshou Malaysia

Categories
blog

Petua Menjemput Rezeki

Pernah rasa kecewa dan putus asa dalam berniaga? Biasalah, perniagaan ada untung ruginya. Tak semestinya sepanjang hari untung sahaja kan.

 

Ada beberapa tips yang dikongsikan oleh mentor saya berkenaan Petua Menjemput Rezeki.

Pertamanya , jaga hubungan dengan Yang Memberi Rezeki, Ya Razzak.. Bagaimana nak jaga tu?

Jagalah amalan seharian kita, ikut segala perintahNya, tunaikan zakat, berpuasa dan ada rezeki tunaikan haji dan umrah. Dan tinggalkan segala tegahan dan larangan seperti berjudi, pergi ke tempat maksiat dan membazir.

Kedua, bersedekahlah. Setiap hari mesti sedekah seawal subuh lagi. Jadi secara tak langsung, mesti solat di awal waktu , dan berjumpa dengan orang yang positif dengan Allah. Sedekahlah walaupun seringgit.

Ketiga, jaga juga hubungan dengan orang tua. Sentiasa hubungi mereka ketika senang dan susah.

Jenguk-jenguklah mereka sebulan sekali, atau kalau ada kemampuan untuk balik seminggu sekali pun tak apa.

Keempat, banyakkan beristighfar . Antara sebab doa tak dimakbulkan adalah kerana banyaknya dosa kita, sampai hitam legam titik titik dosa pada pandangan Allah. Dengan istighfar ianya akan menghilangkan titik hitam itu dan kita akan lebih tenang.

Kelima, banyakkan amalan sunat untuk melengkapkan amalan wajib. Solat sunat tahajjud, sunat dhuha, sunat witir, sunat wudhu dan sunat qabliah dan ba’diah.

Yang terakhir, keenamnya, berdoalah dan mintalah padaNya dengan sepenuh pengharapan. Jangan takut tak dapat kontrak dari Dato A . Yang memberikan rezeki itu hanyalah dariNya..

 

Wallahualam.

Categories
blog featured

Peluang Perniagaan Dengan Potensi Pendapatan Tanpa Had

Dengan perkembangan ekonomi yang pesat di Malaysia, dan penaiktarafan kemudahan yang moden di bangunan – bangunan adalah satu peluang baru untuk diterokai.

Ianya sudah tentulah satu perniagaan yang kos yang rendah, dan tiada risiko kerugian yang besar.

Kenshou Vending Machine telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2010 dalam servis perkhidmatan Vending Machine. Ianya tidak hanya terhad kepada mesin layan diri untuk minuman, tetapi turut meliputi kerusi urut, alat senaman gimnasium, mesin tambah nilai layan diri dan juga makanan segera.

Mesin layan diri ini adalah satu keperluan untuk pengguna. Sebagai contoh, mesin kerusi urut yang beroperasi pada kadar RM 1 untuk 3 minit disediakan di pasaraya – pasaraya dan masjid.

Kebanyakan pengguna akan menggunakan mesin ini untuk 15 minit bersamaan RM5 . Dan potensi maksimum satu mesin urut akan menjana RM20 untuk satu jam. Jika ianya digunakan selama 6 jam sehari, pengusaha akan memperolehi pendapatan sebanyak RM120 sehari, bersamaan RM3600 untuk sebulan. Dalam masa 2 bulan , bisnes sudah balik modal.

Jadi, apa tunggu lagi. Dapatkan Mesin cetak duit pasif untuk bisnes anda.

Categories
blog featured

Peluang Perniagaan Mesin Layan Diri Mesin Air Cup Sejuk & Panas